KUALA LUMPUR – Status sebagai pelarian sering dikaitkan dengan kehidupan serba kekurangan dan bergantung kepada bantuan kemanusiaan, namun segelintir etnik Rohingya di negara ini kini mampu hidup mewah. Mereka juga mampu bergaya dengan kenderaan mewah seperti Toyota Vellfire dan Ford Ranger selepas memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuk kedai runcit, premis makanan, curi kenderaan dan perniagaan pakaian. Ada juga lelaki Rohingya yang mengecap kemewahan selepas berkahwin dengan gadis tempatan dan kemudian membuka serta mengembangkan perniagaan menggunakan bantuan serta sokongan pasangan mereka.…














