fbpx
Kamal bersama beberapa artis lain termasuk Ernie Zakri dan Sara Ali dipilih sebagai jurucakap bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) Jetour T2.- Foto SYAKIR RADIN

Kalau tak kerja, memang saya sendiri di rumah – Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aktif ‘melayan’ Threads, pelakon Kamal Adli mengakui mempunyai banyak masa terluang sejak kembali solo yang membolehkannya kerap memuat naik status serta membalas komen di platform terbabit.

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata sebelum ini masanya lebih banyak diisi dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga terutama anaknya, Hawra Uqaira.

“Kini banyak masa kan, dahulu saya memang fokus terhadap kehidupan serta tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Tetapi sekarang, kalau tak keluar atau sibuk penuhi jadual kerja, kebanyakan waktu memang saya sendirian di rumah.

“Buat benda itu (Threads) sahajalah, isi waktu senggang. Suka-suka, tiada apapun,” katanya selepas majlis penyerahan kenderaan Jetour T2 di program International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026), di sini, hari ini.

Berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kamal bersama beberapa artis lain termasuk Ernie Zakri dan Sara Ali dipilih sebagai jurucakap bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) lasak itu.

Mengenai kedekatan dengan platform tersebut, pelakon drama Hening Cinta itu menyifatkan ia sebagai medium interaksi dengan peminat yang memberikan sokongan moral terutama ketika berada dalam fasa sukar.

“Terima kasih kepada pengguna Threads lain yang selalu menemani saya. Kalau saya balas (komen) maksudnya saya sedang sendirian dan tiada apa nak buat.

“Jadi saya boleh melayan semua orang dan semua orang boleh layan saya. Terima kasih kepada semua geng Threads,” ujarnya.

Akui bapa tunggal kepada seorang itu lagi, menerusi Threads dia dapat menonjolkan personaliti sebenar yang gemar melawak.

“Saya seorang yang selamba dan sarat sifat humor. Ini memang diri saya yang sebenar. Saya juga suka perkara yang santai.

“Kalau soal nak beri nasihat, baik saya serahkan posisi itu kepada artis senior, Saiful Apek. Beliau lebih sesuai untuk itu.

“Apa pun kami selebriti sama macam orang lain. Saya nak orang di Threads lihat kami sebagai kawan yang boleh berinteraksi secara santai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN