fbpx
Keadaan premis kedai runcit yang dipercayai dijadikan ‘sekolah’ untuk kanak-kanak etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu hari ini.

‘Sekolah’ Rohingya dikosongkan selepas tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sebuah premis dipercayai beroperasi sebagai pusat pembelajaran untuk kanak-kanak etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian di sini bertindak menghentikan operasinya setelah tular di media sosial sejak Rabu lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati tiada sebarang aktiviti pembelajaran dijalankan di bangunan dibina menggunakan papan lapis tersebut, malah kehadiran kanak-kanak etnik ke premis berkenaan juga tidak lagi kelihatan seperti biasa.

Difahamkan, premis yang sebelum ini merupakan sebuah kedai runcit disewa daripada penduduk tempatan itu dipercayai dijadikan pusat pembelajaran khusus untuk kanak-kanak etnik Rohingya berusia antara empat hingga 15 tahun sejak bulan Februari lalu.

Seorang penduduk, Wan Syakirah Wan Salim, 32, mendakwa, penduduk kampung biasa melihat kanak-kanak Rohingya hadir ke premis tersebut setiap hari hampir setiap hari.

“Individu yang dipercayai menjadi guru juga menetap di rumah berhampiran pusat pembelajaran berkenaan,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Ladang Titian di sini hari ini.

Wan Syakirah mendakwa, kewujudan pusat pembelajaran berkenaan dibimbangi dibuka secara tidak sah malah tingkah laku segelintir individu dewasa etnik tersebut didakwa sering menimbulkan gangguan merisaukan . penduduk kampung.

“Pernah berlaku pertengkaran antara mereka (etnik Rohingya) dengan orang kampung apabila ditegur kerana membuat bising dan berkumpul beramai-ramai.

“Selain itu, mereka juga suka membuang sampah dan sisa makanan merata-rata,” dakwanya,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN