fbpx
HALL lebih menjadi pilihan United berbanding Romero berdasarkan keperluan untuk posisi pertahanan kiri. - AFP

EPL: Bukan Romero pilihan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan mengalihkan fokus kepada usaha mendapatkan pertahanan kiri Newcastle United, Lewis Hall dengan pemain muda England itu kini muncul antara sasaran utama kelab menjelang musim baharu.

Spekulasi sebelum ini mengaitkan United dengan pertahanan Tottenham Hotspur, Cristian Romero, namun sumber rapat kelab menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bek tengah Argentina itu bukan keutamaan ketika ini.

Sebaliknya, pengurusan The Red Devils lebih berminat memperkukuhkan beberapa posisi kritikal termasuk bek kiri, bahagian tengah dan serangan bagi memenuhi perancangan pengendali, Michael Carrick.

Hall yang dinilai sekitar £60 juta (RM326.4 juta) dilaporkan berada dalam radar United selepas mempamerkan aksi konsisten bersama Newcastle sejak dua musim lalu.

Pemain berusia 20 tahun itu juga dikatakan terbuka untuk menyertai United kerana melihat perpindahan ke Old Trafford sebagai langkah besar dalam perkembangan kariernya.

Selain peluang beraksi bersama salah satu kelab terbesar England, Hall turut tertarik dengan prospek beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan khidmatnya dijangka tidak mudah memandangkan Newcastle tidak berada dalam tekanan untuk menjual pemain tersebut selepas mengaut keuntungan besar hasil perpindahan Anthony Gordon ke Barcelona baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN