fbpx
POCHETTINO perlu mencari ramuan terbaik untuk memastikan AS mampu melangkah jauh ketika mereka beraksi sebagai tuan rumah pada edisi kali ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Peminat AS perlu terima hakikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Pengendali Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino bersikap terus terang dalam penilaiannya terhadap bakat bola sepak negara itu ketika mereka bakal turun menghadapi kempen Piala Dunia 2026 sebagai tuan rumah kali ini.

Menjelang aksi pembukaan menentang Paraguay di Stadium Los Angeles, pagi esok, Pochettino berdepan harapan tinggi para peminat bola sepak di negara itu yang mahu pasukan mereka melangkah jauh.

Pochettino menjelaskan Amerika Syarikat juga harus menerima realiti hakikat pertandingan ini yang disertai oleh pasukan dan pemain berkelas tinggi.

“Kami adalah Amerika Syarikat dan bersaing dengan Belgium serta Portugal. Saya pasti Belgium dan Portugal mempunyai beberapa pemain yang berada dalam kelompok 100 pemain terbaik dunia dan kami tidak mempunyai pemain seperti itu,” katanya.

Berdasarkan satu laporan pada Disember lalu, pemain AS, Christian Pulisic berada di kedudukan ke-116 dalam undian panel yang terdiri daripada 219 bekas pemain, jurulatih, kakitangan teknikal dan pengamal media, manakala Tim Weah pula berada di tangga ke-183.

Sementara itu, Pulisic percaya seluruh pasukannya berada dalam motivasi paling tinggi terutama ketika aksi berlangsung di laman sendiri dengan harapan pasukan negara itu mampu memenangi gelaran Piala Dunia pertama mereka atau sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak tahun 1930.

“Kami mahu melakukannya untuk diri kami sendiri. Kami mahu melakukannya untuk negara kami. Kami tidak perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain.

“Kami mempunyai pemain yang bagus, pemain yang sangat bagus yang bermain di kelab-kelab terkemuka dunia. Kami mempunyai pasukan yang baik dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membuktikannya,” kata Pulisic.

Prestasi terbaik AS adalah mara ke suku akhir pada kempen 2002 sebelum tewas kepada Jerman dan sejak itu mereka tersingkir di pusingan 16 terbaik pada tahun 2010, 2014 dan 2022, gagal melepasi peringkat kumpulan pada tahun 2006, malah tidak layak ke kejohanan pada tahun 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN