fbpx
Aiman Athirah ketika berucap pada Persidangan Strata 2026 di Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

COB diperkasa tangani isu strata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB) diperkasakan bagi memastikan pelbagai isu berkaitan pengurusan strata termasuk aduan penduduk, kewangan serta penyelenggaraan dapat diselesaikan dengan lebih efisien.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, COB menjadi entiti penting sebagai penyelaras utama antara penduduk dan badan pengurusan strata dalam menangani isu di peringkat akar umbi.

“Bagi tahun ini, tanggungjawab menyelaraskan program pendidikan dan pemerkasaan komuniti strata diserahkan sepenuhnya kepada unit COB di setiap PBT.

“Saya amat berbangga kerana COB di seluruh negara telah mengemukakan cadangan program yang berimpak tinggi untuk dilaksanakan secara kolobrasi bersama komuniti, JMB (Badan Pengurusan Bersama), MC (Perbadanan Pengurusan) dan sektor swasta,” katanya ketika berucap pada Persidangan Strata 2026 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan kerajaan telah menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung pemberian elaun Ahli Jawatankuasa (AJK) Badan Pengurusan Strata sejak 3 Jun lalu.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa komited untuk memperkukuhkan sistem pengurusan strata melalui pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013.

“Ini untuk memastikan dasar yang dilaksanakan mampu memenuhi kehendak industri, di samping melindungi kepentingan pemilik dan penghuni strata,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN