fbpx
ANTHONY diiringi Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli pada Perasmian Pembukaan Pejabat JPJ Cawangan Nilai di Bandar Baru Nilai hari ini. FOTO oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Pejabat baharu JPJ Negeri Sembilan RM140 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan pembangunan semula kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), dengan kos projek baharu dianggarkan sebanyak RM140 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi membolehkan projek itu dilaksanakan, bangunan sedia ada akan dirobohkan dan operasi JPJ Negeri Sembilan akan dipindahkan ke lokasi sementara di Era Walk, Terminal 2 Seremban.

Menurut beliau, pihaknya telah mengenal pasti bangunan sedia ada di Era Walk untuk dijadikan pejabat sementara JPJ bagi tempoh kira-kira tiga tahun sepanjang pembinaan kompleks baharu berlangsung.

“Kita akan membuat perjanjian sewaan bagi tingkat bawah bangunan tersebut dan melaksanakan kerja-kerja ubah suai untuk dijadikan pejabat JPJ sementara.

“Proses ubah suai dijangka mengambil masa antara enam hingga lapan bulan sebelum dibuka kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Pembukaan Pejabat JPJ Cawangan Nilai di Bandar Baru Nilai di sini hari ini.

Ujarnya, langkah pemindahan ke lokasi sementara itu tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai kerana kawasan berkenaan mempunyai kemudahan parkir yang mencukupi serta lokasi yang sesuai untuk pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN