PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Rompin di Pahang.
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor,” katanya.
Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Kabong), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung, Manis, Daro dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














