PETALING JAYA – Gara-gara minuman yang dipesan gagal dihantar, penyanyi Didie Astillah bertindak agresif dengan meninggikan suara dan berbalah dengan seorang pekerja restoran semalam.
Dalam kejadian tersebut, Didie difahamkan meluahkan rasa marah apabila pesanannya untuk segelas jus tembikai tidak diterima namun perkara tersebut dibalas oleh pekerja yang ditugaskan.
Situasi tegang tersebut seterusnya cuba dileraikan Ahli Parlimen Muar yang juga tunang pelakon, Bella Astillah iaitu Syed Saddiq sementara Didie pula dilihat ditegur dan ditenangkan ibunya, Siti Zarina Astillah.
Namun, sebaliknya yang berlaku apabila situasi tersebut bertukar menjadi kejutan untuk sambutan ulang tahun kelahiran Siti Zarina.
Difahamkan, perkara tersebut sudah dirancang awal Didie dengan beberapa lagi individu yang berada di majlis sama.
Rata-rata netizen mengakui lakonan Didie untuk kejutan tersebut menjadi dan turut hampir tertipu.
“Terkejut tengok Didie tiba-tiba mengamuk, bagi YB cuba tenangkan keadaan.
“‘Powerlah’ Didie berlakon, semua hampir percaya,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE














