PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di Johor dan Sarawak hingga pukul 11 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak,” katanya.
Kata MetMalaysia, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE














