fbpx
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 2026 di Putrajaya hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

‘Kerjasama Pas-Bersatu tamat bukti gabungan tanpa keikhlasan tidak kekal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – UMNO menyifatkan keputusan Pas menamatkan kerjasama dengan Bersatu sebagai pengajaran bahawa sesebuah gabungan politik tidak mampu bertahan tanpa keikhlasan dan bebas daripada unsur pengkhianatan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah menjangka lebih awal keputusan dibuat Pas itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan terbaharu itu membuktikan bahawa sesebuah kolaborasi politik perlu dibina atas asas keikhlasan dan matlamat jangka panjang.

“Kami telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Kita bukan mendahului hukum Allah tetapi ini merupakan satu telahan daripada sudut pandang politik di mana sebarang kolaborasi mesti dilingkungi dengan penuh keikhlasan dan tidak ada unsur-unsur pengkhianatan di dalamnya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) 2026 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, perkembangan itu seharusnya menjadi pengajaran kepada mana-mana gabungan politik bahawa sesuatu kerjasama tidak boleh dibentuk hanya untuk memenuhi keperluan politik jangka pendek, malah ia perlu dibina berasaskan matlamat jangka panjang bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN