fbpx
ebanyak 41 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia berkaitan penipuan penjualan tiket konsert BTS melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM95,974. - GAMBAR HIASAN

Jangan sampai ‘fomo’, 41 peminat BTS ditipu hampir RM96,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 41 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia berkaitan penipuan penjualan tiket konsert BTS melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM95,974.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, perkara itu dikesan di pelbagai platform media sosial menjelang jualan rasmi tiket konsert BTS World Tour yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Disember depan.

Menurutnya, pemantauan mendapati sindiket atau ‘scammer’ menggunakan platform media sosial untuk menawarkan tiket konsert, khususnya kategori VIP, Soundcheck dan Priority Access.

“Modus operandi yang dikenal pasti termasuk menawarkan tiket sebelum jualan rasmi atau pra-jualan, mendakwa mempunyai akses dalaman atau kuota khas.

“Sindiket ini didapati menggunakan tangkap layar palsu sebagai bukti tempahan serta mengarahkan mangsa membuat bayaran melalui pindahan bank, DuitNow atau kod QR bagi tujuan kononnya untuk ‘mengunci’ tempahan tiket,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, setelah bayaran dibuat, mangsa sama ada gagal menerima tiket yang dijanjikan atau suspek tidak lagi dapat dihubungi.

Katanya, berdasarkan trend semasa, pihaknya menilai risiko penipuan berkaitan tiket konsert BT yang membimbangkan dan dijangka meningkat selepas tiket rasmi habis dijual berikutan permintaan tinggi serta faktor ‘fomo’ (ketinggalan) dalam kalangan peminat.

Sehubungan itu, Rusdi berkata, orang ramai dinasihatkan supaya membeli tiket hanya melalui saluran rasmi yang diumumkan oleh penganjur atau ejen jualan yang sah.

Tambahnya, masyarakat juga disarankan untuk tidak membuat bayaran kepada individu yang menawarkan tiket melalui media sosial tanpa pengesahan yang sah.

“Tidak mudah mempercayai dakwaan memiliki akses khas, kuota dalaman atau tiket sebelum jualan rasmi dibuka. Menyemak kesahihan akaun bank dan nombor telefon melalui portal Semak Mule sebelum membuat sebarang transaksi,” jelasnya.

Beliau menambah, orang ramai juga boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 dengan segera sekiranya mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan.

Katanya, JSJK akan terus memantau trend penipuan berkaitan penjualan tiket acara hiburan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penipuan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN