fbpx
Ahmad (empat kiri) dan Abdul Razak ( tiga dari kanan ) semasa kunjungan suai kenal di Pejabat JPS Daerah Pontian, Pontian, hari ini. MUHAMMAD ZIKRI/KOSMO!

Tiga veteran kembali ke UMNO perkukuhkan parti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kemasukan tiga bekas pemimpin UMNO ke Rumah Bangsa dilihat memperkukuhkan lagi parti itu bagi menghadapi cabaran semasa sekaligus mampu menarik orang Melayu untuk menyertai UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, kepulangan mereka ke ‘pangkuan’ UMNO menunjukkan Rumah Bangsa mempunyai hala tuju dan objektif yang jelas.

Katanya, kemasukan samada bekas ahli, bekas pemimpin dan golongan muda menunjukkan Rumah Bangsa tiada sebarang halangan atau syarat-syarat tertentu untuk sesiapa sahaja menyertai UMNO.

“Mudah sahaja, tulis surat sekeping sahaja atau secara dalam talian telah menjadikan seseorang itu seorang ahli UMNO sebelum dipanjangkan kepada UMNO Bahagian seterusnya ke cawangan UMNO,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan suai kenal ke atas Jurutera JPS Daerah Pontian yang baru, Ir.Ts. Abdul  Razak Abdul Aziz, di sini hari ini.

Semalam semasa Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa tokoh UMNO yang pernah digugurkan dan digantung keahlian sebelum ini kembali menyertai parti itu sekali gus mengukuhkan lagi gagasan Rumah Bangsa.

Antaranya, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar dan dan Tan Sri Syed Hamid Albar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN