fbpx
Nazri Bah antara individu terawal menemui Jaslinda petang semalam.

Polis rakam keterangan penduduk Orang Asli jumpa Jaslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Polis telah merekod keterangan beberapa Orang Asli yang menemukan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang semasa mendaki Gunung Batu Putih selama dua minggu sebelum ditemukan dalam keadaan selamat petang semalam.

Ketua Polis Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, individu yang telah dirakamkan keterangan termasuk Nazri Bah Eng, 51, dan dua rakannya yang menemukan Jaslinda di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh di sini.

“Keterangan itu penting bagi membantu siasatan dan mendapatkan gambaran lengkap mengenai keadaan serta lokasi wanita itu ditemukan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini

Media semalam melaporkan seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang sejak 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih ditemukan oleh Orang Asli dari Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh Tapah setelah operasi SAR terhadapnya dilakukan selama dua minggu.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN