fbpx
MOHD. ALI (tengah) melepaskan rama-rama sekaligus mencipta rekod MBOR bagi pelepasan rama-rama terbanyak dalam acara konservasi di negara ini di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, di Ayer, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/ KOSMO!

Lepas 1,698 rama-rama, Melaka catat rekod MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebanyak 1,698 ekor rama-rama daripada lebih 15 spesies tempatan dilepaskan di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.

Ia sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pelepasan rama-rama terbanyak dalam satu acara konservasi di negara ini.

Pengarah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Gerald Wong berkata, pelepasan tersebut diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-35 taman berkenaan yang berlangsung serentak dengan program Butterfly Extinction Run yang disertai kira-kira 600 peserta.

Menurutnya, semua rama-rama yang dilepaskan terdiri daripada spesies tempatan Malaysia termasuk Clipper, Tiger, Red Helen dan Common Mormon.

“Berdasarkan beberapa kajian, hampir separuh daripada spesies rama-rama di Malaysia berisiko pupus dalam tempoh 50 tahun akan datang jika usaha pemuliharaan tidak dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan Konservasi Pelepasan Rama-Rama Terbanyak di Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Gerald berkata, pelepasan rama-rama berkenaan bukan sekadar untuk mencipta rekod, sebaliknya memberi peluang kepada serangga itu untuk mencari pasangan, mengawan dan membiak di habitat semula jadi sekali gus membantu meningkatkan populasinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN