JERLUN – Dengan hanya bermodalkan surat yang kononnya dikeluarkan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, seorang lelaki warga Thailand yang memakai jubah dan berserban didakwa masuk ke kampung-kampung di sini untuk meminta derma. Penduduk Ayer Hitam, di sini, Mohd. Zaidi Desa, 43, berkata, dia didatangi lelaki tersebut baru-baru ini yang mendakwa mengutip derma bagi sebuah sekolah agama di negara itu. “Dia datang sambil mengepit sebuah fail dan memaklumkan mahu mengutip derma untuk sekolah agama di negaranya. Saya kemudian meminta dia menunjukkan……














