fbpx
Poster yang dimuat naik menerusi aplikasi Facebook PKR Batu Pahat hari ini.

PRN Johor: PH lancar jentera esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung di Kim’s Park Business Centre, Batu Pahat, esok.

Selain Anwar, pelancaran jentera pada pukul 8 malam itu dijangka turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Pahat menerusi perkongsian di Facebooknya hari ini turut mengalu-alukan kehadiran ke pelancaran jentera berkenaan.

“Orang Johor sudah bersedia! Johor tidak takut berdepan pilihan raya. Johor tidak akan berdiam diri apabila masa depan negeri dipertaruhkan. Johor sudah bersedia untuk menentukan hala tuju negeri ini.

“Penuhkan dewan. Gegarkan Batu Pahat. Hantar mesej bahawa Orang Johor sudah bersedia,” menurut hantaran berkenaan.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun bagi memberi laluan kepada PRN selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk mengadakan PRN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN