fbpx
FERNANDEZ dilapor berdepan hubungan yang keruh dengan pihak pengurusan Chelsea menyaksikan peluangnya untuk menyertai Real tetap ada. - AFP

EPL: Kemahuan Fernandez semakin jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea perlu bersedia untuk menerima hakikat bakal kehilangan pemain tonggak selepas Enzo Fernandez semakin menunjukkan arah yang jelas mengenai masa depan kariernya.

Menurut laporan portal dari Argentina, pemain tengah Chelsea semakin yakin dengan hasratnya untuk menyarung jersi putih dan meminta ejennya untuk mempercepatkan proses perpindahan ke Real Madrid.

Minat Real terhadap Fernandez bukanlah perkara baharu, namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini ia semakin meningkat hasil usaha wakil pemain tersebut menyebabkan Fernandez meminta ejennya, Javier Pastore melihat lebih terperinci mengenai potensi perpindahan tersebut.

Satu-satunya halangan utama adalah melibatkjan situasi kontrak pemain Argentina itu apabila Fernández masih terikat dengan Chelsea sehingga tahun 2030 sekali gus menjadikan cubaan untuk meninggalkan London itu sebagai satu rundingan berprofil tinggi.

Bagaimanapun, hubungan yang semakin merosot antara Fernandez dan pihak pengurusan Chelsea menguatkan tanggapan bahawa perpindahan mungkin merupakan penyelesaian terbaik untuk semua pihak.

Pemain tengah yang menjuarai Piala Dunia 2022 bersama Argentina itu kini berada pada fasa penting dalam kerjayanya dan percaya bahawa Real adalah tempat paling sesuai untuk terus berkembang sebagai pemain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN