fbpx
KARDANY (tengah) mengakui bahawa FAM berdepan isu tadbir urus yang sangat lemah dan perlu fokus menjadi organisasi yang berbeza selepas ini.

EGM FAM: AFC dedah kepincangan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AUDIT dalaman yang dilakukan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membabitkan 11 penilaian utama mendapati Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah gagal melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Dapatan audit AFC mendapat 10 bahagian yang dinilai masih lagi lemah apabila tidak mencapai separuh daripada markah penilaian, hanya berada di tahap dua berbanding lima tahap tertinggi yang ditetapkan.

Menerusi perkongsian yang dibentangkan oleh Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany pada Kongres Luar Biasa (EGM), semalam, badan induk bola sepak Asia itu mendapati FAM mengalami masalah tadbir urus yang dianggap kritikal dan perlu dibaiki oleh pucuk pimpinan baharu yang bakal dilantik selepas ini.

“Saya fikir gred yang kamu lihat di paparan terakhir, ia (FAM) berada di tahap pra pertengahan. Kita bercakap mengenai prestasi yang perlu ada dalam organisasi.

“Saya fikir kamu boleh nilai organisasi anda, tetapi apa yang kamu perlu fokuskan bermula hari ini adalah organisasi ini akan ada ahli berbeza, pemegang taruh dan sangat inklusif. Jadi, FAM tidak akan sama dengan apa yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Kardany.

Dalam perkongsian itu, AFC mendedahkan aspek kewangan, maklumat perniagaan dan risiko mendapat markah paling rendah iaitu 1.2 diikuti tadbir urus dan perundangan (1.3), budaya, infrastruktur dan fasiliti (1.4), pemasaran dan jenama, komersial dan pembangunan perniagaan (1.8), advokasi, penglibatan dan pengurusan (1.7), pentadbiran, logistik dan teknologi maklumat (1.6) dan prestasi, pembangunan dan penyertaan (1.5).

Dalam perkongsian sama, AFC juga mendedahkan FAM tidak mengumumkan perbelanjaan tahunan kepada kongres sejak 2016 selain penempatan kakitangan juga tidak mengikut kelayakan.

“Semua harus bertanggugjawab. Anda mahu bola sepak Malaysia berdiri di atas kaki mereka sendiri dan inilah sebabnya kita mempunyai audit kualiti dan perubahan pada keahlian,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN