fbpx
Gambar hiasan.

Lagi ahli ‘Geng TR’ diberkas dalam penerbangan ke India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas seorang lelaki tempatan dipercayai ahli kumpulan jenayah terancang Geng TR yang aktif melakukan pelbagai kegiatan jenayah kekerasan dan dadah di Selangor sejak 2021.

Suspek berusia 46 tahun itu ditahan menerusi operasi khas, Op Lima pada 3 Jun lalu hasil kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, CP Datuk M. Kumar berkata, suspek ditahan ketika dalam penerbangan dari Chennai, India menuju ke Bangkok sebelum dibawa pulang ke Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Suspek sebelum ini dikehendaki polis dan mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 17 April lalu.

“Lelaki itu juga tersenarai dalam Notis Merah Interpol yang dikeluarkan pada 7 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Katanya, siasatan mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan beberapa kes jenayah berat termasuk bunuh, rompakan berkumpulan bersenjata dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Tambahnya, pertuduhan terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 10 pagi, esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN