fbpx
Gambar hiasan.

Pekerja bawa parang samun premis majikan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam diberkas bersama-sama rakannya selepas disyaki melakukan samun bersenjatakan parang di tempat kerjanya di Kuala Sungai Baru, kelmarin.

Suspek berusia 23 tahun dan rakan 19 tahun diberkas hasil pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) serta barangan kes termasuk selipar dipakainya yang dipercayai tercicir ketika melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5 pagi selepas suspek menyerbu masuk premis dan mengacukan sebilah parang kepada jurujual berusia 18 tahun.

“Mangsa yang ketakutan kemudian melarikan diri ke dalam stor sebelum melihat tindakan suspek menerusi paparan CCTV.

“Suspek dilihat masuk ke bahagian kaunter pembayaran dan mengambil beberapa keping sampul berisi wang tunai di bawah kaunter sebelum melarikan diri bersama rakannya yang menunggu di pintu masuk,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, hasil maklumat dan petunjuk siasatan awal membawa kepada penahanan suspek yang juga merupakan pekerja di kedai serbaneka tersebut.

Tambahnya, suspek telah melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000, namun sekeping lagi sampul ditemui terjatuh di dalam premis.

“Pasukan forensik turut menemui satu sampul mengandungi sejumlah wang dipercayai tercicir ketika suspek melarikan diri.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif syabu dan kini direman selama tujuh hari sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN