PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa beramah mesra sambil menikmati santapan pagi di R&H Cafe Satay Maharani, Muar pagi tadi.
Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Baginda, terdahulu Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri dari Kuala Lumpur melalui Tangkak sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Muar.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut oleh Pegawai Daerah Muar, Zainal Eran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Norrizam Muhamad serta Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz.
Kunjungan berkenaan mencerminkan keprihatinan dan sifat berjiwa rakyat Seri Paduka Baginda yang sentiasa dekat dengan masyarakat. – KOSMO! ONLINE














