fbpx
Tangkap layar video TikTok Muh.Rizal Saswara menunjukkan umbut pokok palma hutan yang boleh dijadikan sumber makanan di hutan.

[VIDEO] Ini pokok sumber makanan jika sesat di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pokok palma hutan antara tumbuhan yang boleh dijadikan makanan sekiranya tersesat dan kehabisan sumber sewaktu di dalam hutan.

Seorang lelaki yang juga pendaki tegar pada akaun TikTok Muh.Rizal Saswara berkata, pokok palma tersebut dikenali dengan pelbagai nama antaranya tukas, ibul, beredin, pinang tukas dan dudok.

“Bentuk daunnya serupa ekor ikan sebab itu orang putih panggil dengan nama fish tail palm (caryota mitis). Pokok ini sangat mudah ditemui pada altitud rendah sehingga 1,200 meter di atas paras laut. Kalau atas 1,200 meter susah sikit sebab cuaca dah mula sejuk, tak berapa sesuai dengan cuaca tu,” katanya dalam video berkenaan.

Lelaki itu berkata, pokok palma hutan boleh dimakan di bahagian umbut atau teras di dalam yang mana teksturnya masih lembut.

“Potong baagian dekat dengan pucuk, bawah sikt, umbut dia bahagia tengah, kopek boleh terus makan. Rasanya macam gurih, lemak-lemak sikit, lepas tu manis.

“Umbut ini mengandungi air, karbohidrat, fiber dan sedikit protein dan ada sedikit mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus dalam ni,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@muh.rizal_saswara Pokok tukas ialah sejenis palma hutan yang juga dikenali sebagai ibul, beredin, dudok, atau pinang tukas. Nama saintifiknya ialah Caryota mitis. Daunnya berbentuk seperti ekor ikan, sebab itu ia juga dipanggil “fishtail palm”. #survival #hiking #camping #jungle ♬ Chilling at Sunrise – The Machinist Beats

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN