fbpx
(Dari kiri) Nik Nazmi dan Rafizi.

Parti Bersama ‘test market’, umum sertai PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Menerusi kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, keputusan tersebut dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan Bersama dan ahli-ahli terpilih dari seluruh negara.

“Perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli Bersama dari Johor untuk mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi telah dijadualkan hari ini.

“PRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan Bersama kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun Bersama berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lalu,” katanya hari ini.

Penyertaan Bersama dalam PRN Johor 2026 juga membolehkan parti itu membina jentera pilihan raya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, sebagai persiapan ke arah pilihan raya-pilihan raya akan datang.

“Bertepatan dengan hasrat ini, siri jelajah Bersama ke negeri-negeri akan bermula di Johor pada Sabtu ini di Danga Bay Convention Centre pukul 8 malam.

“Siri jelajah dinamakan Jelajah Kancil ini akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda Bersama, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda,” tambah kenyataan itu.

Jelajah Kancil akan melawati setiap negeri seperti Melaka (7 Jun), Negeri Sembilan (13 Jun), Perak (14 Jun), Kelantan / Terengganu utara (20 Jun), Pahang / Terengganu selatan (21 Jun), Selangor utara / tengah (28 Jun), Selangor selatan (1 Julai), Pulau Pinang (4 Julai), Kedah / Perlis (5 Julai), Kuala Lumpur (11 Julai), Selangor barat (12 Julai) dan Selangor timur (18 Julai).

“Kami berterima kasih kepada ahli-ahli Bersama dan rakyat Malaysia yang telah memberi dorongan memberangsangkan setakat ini.

“Insya-Allah, Bersama akan menggembleng usaha rakyat biasa untuk merintis kempen dalam PRN Johor 2026 yang positif, inovatif dan berfokus kepada masa depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN