fbpx
che Minah menunjukkan pakaian milik Adnan (gambar kecil) yang telah hilang akibat terjatuh Sungai Nenggiri ketika ditemui di rumahnya di Gua Musang semalam.

9 tahun hilang ‘ditelan’ Sungai Nenggiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Rindu seorang warga emas terhadap anak lelaki­nya yang hilang di Sungai Nenggiri sejak sembilan tahun lalu masih belum berpenghujung.

Che Minah Yaakob, 74, dari Kam­pung Prak di sini berkata, ta­hun ini merupakan tahun kesem­bilan dia menanti kepulangan anak bongsunya daripada lapan be­radik, Adnan Che Soh yang hilang dihanyutkan arus Sungai Nenggiri.

Menurutnya, sehingga kini ja­sad anaknya masih belum ditemukan.

“Kehilangannya sangat dirasai kerana dia anak bongsu yang sentiasa bersama saya dan arwah suami sebelum ini.

“Tiada hari saya lupa pada Adnan. Kenangan bersama dialah yang menjadi pengubat kerinduan walaupun sampai hari ini saya masih menunggu kepulangannya,” katanya.

Che Minah berkata, dia se­ring menitiskan air mata apabila mengenang kenangan bersama anaknya, namun reda menerima ketentuan Tuhan.

Katanya, setiap kali musim perayaan, Adnan merupakan individu paling rajin membantu keluarga menyiapkan juadah.

“Adnan pergi tanpa jejak dan khabar berita selepas dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri. Kalau ada kubur seperti orang lain, kami boleh menziarahinya. Namun kini hanya doa yang mampu kami kirimkan,” katanya.

Mengimbas kejadian kira-kira pukul 9 pagi pada 23 Januari 2017, Adnan yang ketika itu berusia 29 tahun gagal menyelamatkan diri selepas motosikal ditunggang terjatuh dari jambatan sementara di Kampung Pulau Setelu.

Mangsa yang turut menghidap penyakit sawan dipercayai di­hanyutkan arus deras sungai ter­sebut. Selepas kejadian, hanya motosikal ditemukan tersangkut pada besi jambatan, manakala mangsa gagal ditemukan hingga kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN