fbpx
WAN MUHAMMAD ERFAN (gambar kecil) kini dirawat di HPP selepas terbabit kemalangan di Batu Maung, 2 Mei lalu.

‘Sudah 25 hari Erfan ditidurkan, kaki pun dipotong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kini bertarung nyawa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dan bas kilang di Batu Maung di sini, 2 Mei lalu melecur di bahagian badan dan muka 50 peratus, manakala kaki kirinya pula terpaksa dipotong.

Wan Muhammad Erfan Wan Azezar yang juga bekas pelajar tahfiz di Kedah sehingga kini masih ditidurkan di Wad Rawatan Intensif, Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ibu saudaranya, Putri Nur Hazirah Megat Ramlan, 35, berkata, keadaan anak ketiga daripada enam beradik itu dilaporkan kritikal akibat kece­deraan melecur pada dada, kaki, badan, kedua-dua tangan dan muka.

Menurutnya, kemalangan tragis itu juga menyebabkan anak saudaranya mengalami pendarahan pada kepala, otak bengkak, patah dua rusuk kiri serta patah jari kaki kanan.

“Sudah lebih 25 hari Erfan ditidurkan. Jika sedar pun dia mungkin dalam keadaan tidak normal seperti sedia kala. Ini ke­rana, kaki kirinya sudah dipotong hingga atas paras lutut dan bahagian kanan kepala ditebuk untuk kurangkan tekanan pada otak.

“Paling pilu bila tengok bahagian atas lenganya hanya tinggal tendon dan tulang, Malah, tiga jari kanan iaitu jari tengah, telunjuk dan ibu jarinya juga kemungkinan akan dipotong ke­rana mulai kehitaman,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Mengulas mengenai kemalangan berlaku Hazirah mendakwa, Erfan dikatakan terlibat kemalangan ketika mahu ke kedai membeli cucur pisang yang terletak kurang 500 meter dari rumah mereka di Taman Muhibbah, Batu Maung.

Ceritanya, anak saudaranya telah menjalani tiga pembedahan sejak 2 Mei lalu.

“Ibu Erfan bekas pesakit leukemia dan ibu tunggal. Dia kini membantu ibu berniaga kuih.

“Kami tidak putus berdoa agar Erfan kembali sedar, walaupun keadaannya bukan macam dulu lagi. Ketika ini, kami juga memerlukan dana sebanyak RM100,000 untuk pembedahan kulit sintetik dalam kadar segera,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan ke akaun GX Bank 8888008252637 GX Bank atas nama Putri Nur Ha­zirah Megat Ramlan atau meng­hubungi di talian 016-4872010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN