fbpx
VIRAL video UFO terdampar di Madura - X

Netizen kecoh UFO terdampar di Madura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA  – Rakaman objek menyerupai  piring terbang yang terdampar di Madura tular  di media sosial dan menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen, lapor portal berita detiknet.

Malah, penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO)  itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi liar pengguna laman sosial.

Dalam video yang tersebar di platform TikTok, Instagram, hinggalah ke platform X, UFO berupa objek metalik berwarna putih itu kelihatan separuh tertanam di dalam tanah. 

Suasana di lokasi kejadian riuh-rendah ekoran kehadiran orang ramai sambil merakam situasi menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Namun, selepas penemuan itu hangat diperkatakan, fakta sebenar di sebalik misteri UFO terdampar itu akhirnya dibongkar oleh netizen. 

Salah seorang pengguna media sosial dengan nama akaun @BudhiSulistyo1 berkata, video tersebut sebenarnya sebahagian daripada promosi filem komedi arahan pengarah terkenal, Bayu Skak.

Filem itu membawakan jalan cerita unik mengenai sebuah UFO yang terpaksa mendarat  cemas di Madura. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN