fbpx
HAKIM Danish membawa misi besar di Grand Prix (GP) Itali apabila bertekad memulakan perlumbaan di barisan hadapan di Litar Mugello hujung minggu ini.

Hakim buru barisan hadapan di Mugello

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA Moto3 negara, Ha­kim Danish Ramli bertekad meneruskan momentum positif selepas aksi memberangsangkan di Grand Prix (GP) Catalu­nya apabila memburu permulaan di barisan hadapan menjelang GP Itali di Litar Mu­gello, hujung minggu ini.

Berbekalkan keyakinan menamatkan perlumbaan di Catalunya di tempat ketujuh keseluruhan, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu percaya pengalaman bersaing dalam kelompok hadapan mampu membantunya tampil lebih baik di Mugello nanti.

“Aksi di Catalunya memang memberi keyakinan kepada saya kerana saya dapat bersaing dalam kelompok hadapan.

“Sudah tentu saya kecewa kerana terlepas peluang podium di Catalunya susulan kesilapan kecil pada pusingan terakhir, tetapi saya anggap ia pengalaman berharga,” katanya.

Hakim yang kini mengumpul 27 mata keseluruhan percaya momentum positif itu perlu dite­ruskan di Mugello bagi memastikan dirinya kekal kompetitif dalam perebutan mata kejua­raan.

Menurut Hakim, fokus utamanya adalah mendapatkan permulaan baik seawal sesi latihan bebas Jumaat untuk membolehkan dirinya layak secara automatik ke sesi kelayakan kedua (Q2).

“Saya teruja untuk kembali ke Mugello kerana saya mempunyai kenangan baik di sana sebelum ini.

“Saya harap pengalaman itu dapat membantu saya mendapatkan rentak lebih awal dan terus bersaing dalam kelompok hadapan,” katanya.

Karakter Litar Mugello tidak asing buat Hakim kerana dia sebelum ini pernah meraih tempat kedua pada Perlumbaan 2 Red Bull MotoGP Rookies Cup musim lalu.

“Saya mahu bekerja keras memburu keputusan baik dan mengumpul mata penting buat pasukan. Impian saya adalah bermula di barisan hadapan,” katanya.

Rekod positif tersebut dijangka memberi kelebihan tambahan buat Hakim untuk kembali mencabar kelompok hadapan selain merealisasikan impian memburu podium pertama di pentas Moto3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN