fbpx
Kejadian seekor lembu terjatuh ke dalam longkang di Subang Bestari, semalam.

‘Drama’ sejam seekor lembu dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Seekor lembu seberat kira-kira 250 kilogram mencuri perhatian penduduk selepas ‘tersangkut’ dalam longkang sedalam tiga kaki di Jalan Suria U5/103A, Subang Bistari, di sini, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.05 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Rosdi Hainan berkata, enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) tiba di lokasi pada pukul 12.15 tengah hari.

Jelasnya, operasi menyelamat dilakukan dengan memasang tali webbing (tali pengangkat) pada badan haiwan berkenaan sebelum ia diangkat menggunakan bantuan forklift 1.5 tan.

“Lembu itu berjaya dikeluarkan dengan selamat,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 1.05 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN