fbpx
DF ditemui di sebuah bilik hotel bersama pengantin perempuan di Jepara, wilayah Jawa Tengah kelmarin. - TRIBUNJATENG

Bahana bawa lari pengantin perempuan, remaja diminta bayar lebih RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Keluarga seorang pengantin perempuan di Indonesia menuntut pampasan 70 juta rupiah (RM15,635) terhadap seorang remaja lelaki selepas dia membawa wanita itu melarikan diri kira-kira enam jam sebelum berkahwin, lapor laman berita Detik. 

Pengantin perempuan dikenali sebagai NAS, 19, ditemui bersama teman lelakinya, DF, 18, di sebuah bilik hotel di Jepara, wilayah Jawa Tengah pagi kelmarin. 

Ketua Polis Tlogowungu, AKP Mujahid berkata, kedua-dua individu itu dibawa ke balai polis selepas melarikan diri dan ditemukan  di sebuah hotel. 

“Rundingan pertama melibatkan keluarga NAS dan keluarga pengantin lelaki dikenali sebagai Musalim. Dia membatalkan perkahwinan itu dan menuntut sejumlah pampasan daripada keluarga NAS. 

“Rundingan kedua pula melibatkan keluarga NAS dan DF. DF diminta untuk membayar pampasan sebanyak 70 juta rupiah,” kata Mujahid. 

Beliau menambah, DF bersetuju untuk berkahwin dengan NAS dalam masa terdekat.. 

“Pampasan tersebut akan dibayar secara ansuran iaitu sebanyak 4 juta rupiah (RM893) pada setiap bulan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN