fbpx
Gambar hiasan.

Petronas beri jaminan minyak cukup sehingga Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memberi jaminan bahawa stok bekalan minyak negara adalah mencukupi sehingga Julai depan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan hari ini.

Beliau berkata, purata harga minyak mentah Brent bagi tempoh 18 hingga 22 Mei kini mencecah AS$111.67 (RM441.60) setong, meningkat 1.7 peratus berbanding AS$109.85 (RM434.40) pada minggu sebelumnya.

“Harga minyak Brent yang kekal tinggi melebihi paras AS$100 (RM395) setong menyebabkan peningkatan kos pengangkutan dan harga barang.

“Sekali gus mencerminkan pasaran tenaga global yang masih tidak menentu akibat risiko geopolitik,”katanya pada sesi Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.

Dalam pada itu katanya, purata harga Gas Asli Cecair (LNG) mengikut Japan Korea Marker (JKM) pula menunjukkan lonjakan 6.7 peratus daripada AS$17.86 (RM70.63) kepada AS$19.06 (RM75.37) MMBtu.

Jelas beliah, peningkatan tersebut akibat tekanan permintaan serantau dan kebimbangan terhadap bekalan.

“Bagi arang batu pula, harga puratanya juga meningkat secara marginal sebanyak 0.7 peratus kepada AS$132.29 (RM523.14) satu metrik tan.

“Pasaran kekal stabil, tetapi kita tetap berwaspada kerana ia adalah nadi penjanaan elektrik kita,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN