fbpx
Ahmad Shafiq sabar menunggu jenazah adiknya, Ahmad Fiqri (gambar kecil) di pekarangan Unit Forensik HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

Nahas pelantar minyak: Ahmad Fiqri sempat luang masa beraya lama dengan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Ahmad Fiqri Zakaria, 38, yang maut dalam nahas di Platform Sepat semalam sempat ‘bercuti sakan’ untuk bersama keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini sebelum kembali bekerja pada 17 Mei lalu.

Abangnya, Ahmad Syafiq, 40, berkata, arwah adiknya yang baru setahun bekerja di pelantar minyak mengambil cuti lebih sebulan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kami sempat beraya (Aidilfitri) bersama-sama dan Ahad minggu lalu (17 Mei) baru dia ( Ahmad Fiqri) kembali berangkat bekerja ke offshore (pesisir pantai).

“Dia yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun menetap bersama keluarga mentua di Kampung Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Ahmad Syafiq berkata, arwah adiknya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik seorang yang pendiam namun sangat bertanggungjawab terhadap keluarga.

Katanya, sebelum bekerja di pelantar minyak, Ahmad Fiqri merupakan juruteknik di sebuah pusat servis kenderaan di Shah Alam, Selangor.

“Arwah (Ahmad Fiqri) ambil peluang bekerja di offshore untuk tambah rezeki dan pengalaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN