fbpx
Poster solidariti yang dikongsi di laman Facebook Sumud Nusantara Official.

29 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0 tiba di KLIA 1 malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sumud Nusantara Ofiicial memaklumkan delegasi dan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 dari Malaysia kini dalam perjalanan pulang ke tanah air ketika ini.

Ia selepas semua aktivis tersebut menyelesaikan misi kemanusiaan untuk Gaza serta melalui detik mencabar susulan tindakan pintasan dan penahanan oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa.

“Orang ramai dijemput hadir bersama-sama di Balai Ketibaan Domestik, KLIA Terminal 1 pada Ahad, 24 Mei 2026 (esok) bermula jam 9 malam.

“Sama-sama menunjukkan solidariti dan menyambut kepulangan para aktivis kemanusiaan yang telah membawa suara Palestin ke pentas dunia,” kata pertubuhan itu di laman Facebooknya hari ini.

Menurut hantaran itu lagi, pihak Sumud Nusantara menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa, solidariti dan sokongan yang tidak pernah putus sejak hari pertama misi ini digerakkan.

“Semoga misi ini menjadi bukti bahawa suara kemanusiaan tidak akan mampu dibungkam dan solidariti rakyat Malaysia untuk Palestin akan terus hidup.

“Dari Nusantara, suara kita terus bergema untuk Gaza,” katanya.

Terdahulu, kesemua 29 aktivis Malaysia telah dibebaskan hasil usaha diplomatik berterusan serta kerjasama erat antara Kerajaan Malaysia, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Turkiye .- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN