fbpx
EE Wei (kiri) anggap dirinya dan Tan Jie gagal menyerlahkan kualiti sebenar dan terpaksa akur tewas kepada pasangan China. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Pasangan China ranapkan impian Tan Jie-Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hasrat untuk melihat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 lebur selepas tewas kepada pasangan China, Gao Jia Xuan-Wei Ya Xin di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Pada pertemuan pertama kedua-dua beregu ini, sebentar tadi, pasangan China hanya memerlukan 44 minit dan Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur tewas 18-21, 16-21.

Walaupun ini adalah pertemuan pertama kedua-dua beregu, Ee Wei berpendapat dia dan Tan Jie harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyerlahkan kualiti sebenar.

“Saya rasa (selepas) rehat sebulan lebih, ini adalah kejohanan pertama dan kami sedang mencari balik momentum. Tetapi tidak ada alasan, kalah bermakna tetap kalah.

“Kami tidak keluarkan permainan kami dan saya rasa, 20 peratus pun tidak mencapai tahap permainan sebenar kami,” kata Ee Wei.

Tang Jie-Ee Wei memulakan perlawanan dengan agak baik apabila sering mendahului permainan namun keadaan berubah selepas kedudukan terikat 15-15.

Gandingan pecahan China mula mempamerkan aksi garang untuk mengesahkan kemenangan 21-18 di set pertama.

Skrip hampir sama berlaku dalam set kedua apabila pasangan negara sempat mendahului 7-4 sebelum lawan sekali lagi bangkit untuk mengesahkan kemenangan 21-16.

Sementara itu, Tan Jie mengakui pasangan China mampu tampil lebih baik dan akui serangan diatur tidak menjadi seperti yang diharapkan.

“Memang mereka ada kualiti tetapi serangan yang kami atur tidak cukup agresif,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN