fbpx
Ustaz Mad Kecik selamat diijabkabul dengan pasangannya, Nor Shuhada di Bukit Payung, Marang hari ini.

Ustaz Mad Kecik akhiri zaman bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Pendakwah, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK) selamat melangsungkan pernikahan bersama pilihan hatinya, Nor Suhada Mohd. Azam, 26, dalam satu majlis sederhana di Bukit Payung di sini hari ini.

Abang UMK, Mohd. Faizul Abdullah, 41, berkata, adiknya selamat diijabkabulkan di rumah keluarga pengantin perempuan pada pukul 10 pagi .

Menurutnya, majlis tersebut diadakan secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

“Pengantin perempuan merupakan pelajar Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai, Marang dan perkenalan mereka diatur oleh guru-guru.

“Selain itu, keluarga juga memainkan peranan penting sehingga termeterainya ikatan perkahwinan mereka hari ini,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Faizul berkata, majlis sebelah lelaki pula dijadual berlangsung di Madrasah Darul Zahraa, Kampung Dura, Hulu Terengganu yang diasaskan oleh UMK pada 28 Mei ini.

Dia berkata, keluarga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan serta memberi sokongan kepada UMK dalam usaha dakwahnya sebelum ini.

Sebelum ini, UMK semakin dikenali ramai setelah menyertai misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF) pada bulan Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN