fbpx
Jasni pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Mabuk bawa maut, 3 warga asing ditahan kes bunuh lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham ketika sedang mabuk dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai bergaduh di bawah jambatan Transit Aliran Massa (MRT) Metro Prima, Kepong, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 1.40 petang memaklumkan seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Susulan laporan berkenaan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah menjalankan operasi di sekitar kawasan Kepong kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Isnin lalu.

“Hasil operasi itu, kita berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia 30 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek ketika mereka berada dalam keadaan mabuk sebelum tercetus pergaduhan.

Katanya, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN