fbpx
Amirul Aiman tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu. IHSAN PDRM

Amirul Iman hilang, kali terakhir dilihat di Felda Bukit Cherakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis sedang mengesan seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu kira-kira pukul 5.17 petang semalam.

Beliau berkata, orang hilang (OH) dikenali sebagai Muhammad Amirul Iman Juzaili dan kali terakhir dilihat di Felda Bukit Cherakah, Selangor kelmarin.

“Pakaian terakhir dipakai OH ialah baju jersi berwarna gelap serta seluar panjang hitam dan berketinggian 155 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Sarjan Norsamsila Daud di talian 017-8701889 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN