fbpx
Deepa.

Wanita OKU hilang sejak empat hari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di Taman Bunga Raya, di sini, sejak pagi 17 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, S Deepa, 25, yang merupakan OKU pembelajaran disedari tiada di rumah oleh ibunya yang berusia 50-an pada pagi berkenaan.

“Keluarga tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan kehilangan wanita terbabit.

Walau bagaimanapun, sehingga petang ini, OKU berkenaan atau orang hilang (OH) masih belum ditemukan.

“Ciri-ciri fizikal OH ini ialah berketinggian 161 sentimeter, berat 50 kilogram, berbadan kurus, kulit gelap dengan rambut gelombanh hitam,” katanya kepada Kosmo!, di sini, hari ini.

Azmi berkata, pakaian terakhir warga emas berkenaan ialah baju berwarna kelabu dan seluar jeans panjang warna biru.

Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Sarjan Mejar Muhammad Nasruddin Tamrin di talian 013-2318275 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Rembau di talian 06-6581999 atau Balai Polis Rembau di talian 06-68512222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN