fbpx
JUN HAO membalas pukulan dilakukan Zhe An pada pusingan pertama Malaysia Masters hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Malaysia Masters: Cabaran perseorangan lelaki berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tidak ada lagi kelibat perseorangan lelaki negara pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 selepas Leong Jun Hao dan Justin Hoh menamatkan cabaran di pusingan pertama.

Pada perlawanan yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, Jun Hao dipaksa bekerja keras sebelum tewas 19-21, 21-23 kepada pemain No.69 dunia dari China, Hu Zhe An.

Kekalahan tersebut pastinya memberikan tamparan hebat buat pemain berusia 27 tahun itu memandangkan dia turut terpalit dengan isu disiplin sebelum ini.

“Saya fikir penamat (set kedua) tadi memang ada kurang. Saya tidak ada terburu-buru sangat dan sudah melakukan yang terbaik tetapi dia tetap dapat semula (servis).

“Pemikiran saya memang fokus kepada perlawanan hari ini tetapi tidak dapat untuk mengatasi dia ketika berada di mata penting,” kata Jun Hao ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Justin pula terpaksa akur dengan kehebatan pemain berpengalaman dari Indonesia, Anthony Ginting apabila tewas 16-21, 14-21.

Penyingkiran Jun Hao dan Justin menyaksikan situasi edisi tahun lalu kembali berulang apabila tidak ada kelibat perseorangan lelaki negara di pusingan kedua Malaysia Masters. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN