fbpx
Gambar hiasan

401,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu musim Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Lebih 401,000 kenderaan dijangka bakal memasuki Terengganu sempena musim perayaan Aidiladha dan cuti persekolahan bermula lusa.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, peningkatan aliran trafik tersebut dijangka berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dan jalan-jalan utama di negeri ini.

“Kita menjangkakan lebih 401,000 kenderaan akan memasuki Terengganu sepanjang tempoh 22 Mei ini hingga 3 Jun depan.

“Purata kemasukan trafik harian pula dianggarkan 33,000 hingga 34,000 kenderaan,” katanya selepas merasmikan program Transformasi Pelajar Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, di sini, hari ini.

Mohd. Khairi berkata, Op Lancar akan dilaksanakan secara menyeluruh terutama lokasi panas yang telah dikenalpasti.

Beliau berkata, ia bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidiladha.

“Seramai 500 anggota polis akan ditugaskan di seluruh negeri ini sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan kelancaran trafik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN