Sungai Sarawak bukan sekadar sebatang sungai yang mengalir tenang, malah ia menjadi nadi kehidupan yang sarat dengan kisah, budaya dan rahsia alam belum diterokai sepenuhnya. Biarpun belida bintik adalah ikan pendatang yang berasal dari industri akuarium, namun ia masih menjadi salah satu spesies ikan menarik minat pengilat tanah air berikutan kesudiannya menyambar gewang dimainkan. Ikan ini hadir dengan bentuk tubuh pipih berkilau, seakan bilah perak yang menari di dalam air. Renangannya lembut, penuh lenggok seni, tetapi di sebalik keindahan itu……














