fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang dikuathiri lemas dalam kejadian di Sungai Langat Batu 14 hari ini. IHSAN JBPM

Remaja 14 tahun ditemukan lemas di Sungai Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU LANGAT – Kegembiraan dua rakan mandi di Sungai Langat berdekatan Kampung Rantau Panjang, Batu 14, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas hari ini.

Mangsa, Muhamad Arif Asyraf Zaiful Anuar, 14, dikatakan pergi ke sungai tersebut bersama rakannya sebelum kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari.

Difahamkan, mangsa dipercayai mandi di kawasan air pada kedalaman paras leher sebelum dihanyutkan arus ke kawasan lebih dalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, rakan si mati, Daniel Fakhri Rino Eka Putra membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum pihaknya dimaklumkan pada pukul 2.57 petang.

Katanya, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi bersama bot fiber untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Anggota tiba di lokasi pukul 3.37 petang sebelum operasi mencari di permukaan air dilakukan.

“Remaja itu dijumpai pukul 4.02 petang pada jarak dua kilometer dari lokasi dia lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kematian Muhamad Arif Asyraf disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan pada pukul 4.06 petang sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Ampang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN