fbpx
JIE YU (depan) cuba membalas pukulan dilakukan pemain lawan pada aksi pusingan pertama hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Malaysia Masters: Dua beregu wanita rebah di pusingan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hari suram buat skuad beregu wanita negara pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 apabila Carmen Ting-Ong Xin Yee dan Chong Jie Yu-Vanessa Ng ditunjukkan jalan keluar.

Pada perlawanan yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini, Carmen-Xin Yee yang turun sebagai pilihan ketujuh diberikan kejutan apabila tewas 15-21, 20-22 kepada Hsieh Yi En-Teng Chun Hsun dari Taiwan.

Kekalahan itu sedikit mengejutkan memandangkan beregu No.22 dunia berkenaan merupakan sandaran utama negara selepas gandingan Pearly Tan-M. Thinaah menarik diri daripada menyertai Malaysia Masters kali ini.

Sementara itu, Jie Yu-Vanessa pula tewas menerusi keputusan straight-set 16-21, 17-21 kepada satu lagi beregu Taiwan, Chen Yan Fei-Sun Liang Ching dalam perlawanan yang memakan masa 33 minit.

Selepas membenarkan pemain lawan mendominasi aksi set pertama, gandingan negara cuba menampilkan aksi lebih kemas di set kedua, namun masih gagal menghalang kemenangan beregu Taiwan berkenaan.

Menerusi kekalahan dua beregu tersebut, harapan Malaysia dalam beregu wanita kini digalas gandingan remaja, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan yang akan turun di pusingan pertama esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN