fbpx
JUN HAO tewas kepada Zhe An pada aksi pusingan pertama Malaysia Masters kelmarin.

Perseorangan lelaki perlu ‘cermin’ diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen menggesa anak-anak buahnya supaya mengambil pendekatan muhasabah diri sekiranya mahu kembali menggegar arena antarabangsa.

Kenyataan itu hadir selepas kem perseorangan lelaki kebangsaan terus mempamerkan aksi hambar apabila tidak ada seorang wakil negara pun dalam acara tersebut pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026.

Justeru, ia menyebabkan Jonassen kurang berpuas hati dengan aksi dipamerkan, terutamanya Leong Jun Hao dan Justin Hoh yang tersingkir awal selepas masing-masing tewas di pusingan pertama.

Jurulatih dari Denmark itu menegaskan, semua pemain perlu ‘cermin’ diri sendiri dan sedar dengan kelemahan yang ada selain menerima tunjuk ajar daripada jurulatih seperti diamalkan skuad perseorangan wanita.

“Saya merupakan seorang yang percaya bahawa disiplin merupakan kunci kejayaan. Apabila anda memilih perseorangan lelaki sebagai kerjaya, anda mesti menerapkan disiplin dalam semua aspek jika mahu melakukan perbezaan.

“Mereka perlu lihat ke dalam cermin dan jujur dengan diri sendiri. Jurulatih hanya memberikan tunjuk ajar tetapi yang melaksanakan adalah pemain-pemain, jadi mereka perlu percaya dengan proses ini,” katanya.

Pada aksi pusingan pertama Malaysia Masters yang berlangsung kelmarin, Jun Hao terpaksa akur tewas 19-21, 21-23 kepada pemain China, Hu Zhe An manakala Justin ditundukkan jaguh Indonesia, Anthony Ginting 16-21, 14-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN