fbpx
Sani Araby menunjukkan 25 rakyat Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel pada sidang akhbar perkembangan terkini GSF 2.0 SNCC, Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Israel culik 25 rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Nasib 25 rakyat Malaysia yang menyertai misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 ke Gaza masih menjadi tanda tanya selepas kapal dinaiki mereka dipintas Israel sejak semalam ketika berada di perairan antarabangsa.

Difahamkan, 25 daripada 29 rakyat Malaysia yang diculik itu kini berada di ‘penjara atas laut’ milik Israel selain keadaan terkini mereka tidak dapat disahkan buat masa ini.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, buat masa ini, pihaknya
belum menerima pengesahan mengenai status kesemua aktivis ditahan termasuk lokasi dan destinasi pemindahan mereka selepas dipintas.

“SNCC mengesahkan 15 buah kapal melibatkan 25 rakyat Malaysia terlibat dalam insiden haram ini.

“SNCC juga mengesahkan sehingga pukul 3 petang, sebanyak 40 buah kapal flotila melibatkan hampir 350 orang aktivis kemanusiaan telah dipintas dan diceroboh oleh Israel.

“Kami juga menerima laporan visual mengesahkan semua aktivis telah diculik keluar dari kapal masing-masing secara paksa ke empat kapal tentera pihak rejim,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN