fbpx
Seramai empat rakyat Malaysia masih selamat dalam misi GSF 2.0 dan sedang meneruskan pelayaran ke Gaza.

GSF 2.0: Berbaki empat rakyat Malaysia jadi harapan tiba di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai empat rakyat Malaysia masih bertahan dalam meneruskan misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 agar pelayaran kali ini sampai ke Gaza.

Kesemua mereka adalah Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs dan Chin (kapal Alcyone), Syed Amirul (Don Juan) dan Dr. Thanisah (Zefiro).

Berdasarkan paparan di Sumud Nusantara Tracker, kapal Alcyon kini memecut pada kelajuan 15.5 kilometer perjam (km/j), manakala Don Juan dan Zefiro masing-masing bergerak 14.3 km/j dan 11.7 km/j.

Sebelum ini, Sumud Nusantara Official memaklumlam seramai 25 rakyat Malaysia telah ditahan rejim Zionis dengan terbaharu melibatkan Razman Mat Ali (kapal Azur).

Sementara itu, sebanyak 12 kapal lagi sedang berjuang dan belayar menuju ke Zon Merah 2 untuk menamatkan misi kali ini setelah lebih separuh konvoi mereka dipintas pasukan tentera Israel setakat 7.46 pagi (waktu Malaysia).

Dalam perkembangan sama, lima buah kapal yang membawa peserta Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah dipintas pasukan rejim ketika pelayaran bersama konvoi GSF 2.0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN