fbpx
Poster yang dikongsi oleh @Sumudnusantaraofficial di laman Instagram hari ini

Konvoi darat GSF ke Gaza ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pergerakan Misi Konvoi Darat Global Sumud (GSF) menuju ke Gaza terpaksa dihentikan sementara di barat Sirte, Libya berikutan peningkatan risiko keselamatan di laluan berkenaan.

Pertubuhan kemanusiaan, Sumud Nusantara dalam satu kenyataan di laman Instagram rasminya memaklumkan, keputusan penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pihak penganjur menilai segera situasi bahaya yang sedang memuncak.

“Laporan yang dipercayai mendedahkan bahawa pasukan Libya Timur kini sedang menunggu di Sirte dan timbul kebimbangan konfrontasi ganas terhadap misi kemanusiaan ini.

“Sehubungan itu, pergerakan konvoi akan kekal ditangguhkan sehingga laluan yang selamat dapat dipastikan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, insiden ini merupakan sejarah berulang selepas konvoi darat pertama misi tersebut pernah disekat secara aktif oleh pihak berkuasa dan kumpulan bersenjata di timur Libya pada Jun tahun lalu sehingga memaksa peserta mendirikan khemah sementara.

Misi bantuan kemanusiaan tersebut disertai oleh lebih 250 peserta dari lebih 30 buah negara yang terdiri daripada guru, doktor, jurutera, wartawan dan sukarelawan kemanusiaan.

Konvoi darat berkenaan turut membawa tujuh buah ambulans serta sekitar 20 buah rumah bergerak (mobile homes).

Jelas pertubuhan itu, misi berkenaan bukan sekadar usaha menghantar bantuan, malah merupakan satu manifestasi solidariti yang diselaraskan bersama Bulan Sabit Merah di setiap negara sepanjang laluan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN