fbpx
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. - Foto Oleh DANIAL SAAD

Remaja 19 tahun tak mengaku seleweng 3,455 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan memiliki lebih 3,000 liter diesel tanpa lesen, minggu lalu.

M. Thiinesh, 19, yang dituduh mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Remaja itu didakwa memiliki barang kawalan berjadual iaitu 3,455 liter diesel yang disimpan dalam enam buah tangki IBC di bahagian belakang sebuah lori.

Kesalahan dilakukan di Kompleks Penyimpanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, di sini pada pukul 11.30 malam, 14 Mei lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen22(1) akta sama.

Sabit kesalahan, Thiinesh doleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya, dia berdepan denda tidak lebih RM2 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN, S. Preeya Darrsini dan Pegawai Pendakwa KPDN, Alsad Nasrullah.

Mahkamah membenarkan Thiinesh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri setiap bulan kepada pegawai penyiasat KPDN. Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN