fbpx
Mahkamah Klang - Gambar hiasan

Pemandu SUV rempuh maut dua beradik direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai merempuh maut dua beradik dalam kejadian langgar lari di Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang di sini, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, perintah reman terhadap suspek lelaki tempatan berusia 75 tahun itu diperoleh selepas permohonan dibuat di mahkamah pagi ini.

“Suspek direman tiga hari sehingga Selasa ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, suspek yang memandu SUV jenis Mazda CX-5 itu ditahan kira-kira pukul 11.40 pagi semalam di sebuah kedai makan miliknya.

Sampel darah suspek turut diambil bagi ujian alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam kelmarin, dua wanita tempatan berusia 57 dan 62 tahun maut di lokasi kejadian selepas dirempuh kenderaan tersebut.

Insiden tragis itu turut menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang juga anak kepada seorang mangsa mengalami kecederaan. Bagaimanapun, pemandu SUV terbabit bertindak melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN