fbpx
FUZIAH ketika ditemui semasa hadir pada Program Pemukiman Penerangan Keadilan di Hotel Holiday Inn, Johor Bahru hari ini.

Iktiraf UEC: Gesaan Hassan menteri letak jawatan hanya pandangan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim supaya dua menteri meletakkan jawatan berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian kerajaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, isu pengiktirafan UEC bukan perkara baharu kerana kerajaan terdahulu turut menerima pakai syarat tertentu bagi membolehkan lepasan sijil itu melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya, keputusan membenarkan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau UEC mengikuti program tertentu di IPTA dibuat dengan syarat jelas termasuk perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Jadi perkara ini tidak sepatutnya dijadikan polemik kerana ia sudah jelas dan pernah dilaksanakan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pemukiman Penerangan Keadilan di Hotel Holiday Inn di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Hassan Karim supaya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan susulan isu berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta SMPC atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.

Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN